Skip to content
Site Tools
Narrow screen resolution Wide screen resolution Auto adjust screen size Increase font size Decrease font size Default font size
You are here: Home arrow Know How arrow Uni Tun Hussein's Biodiesel Processor Bio 45-D
Uni Tun Hussein's Biodiesel Processor Bio 45-D PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 10 April 2009
Article Index
Uni Tun Hussein's Biodiesel Processor Bio 45-D
Page 2

 

 

PWTC, Kuala Lumpur - Bio-45D machine, a research product by Tuan Haji Mohd Salleh bin Tahar, Encik Khairul Fahmi bin Ali and Encik Mohd Kamil bin Ahmad Tajuddin from the Faculty of Technical Education has made us proud by winning two gold medals, including a gold medal for the A category (machinery) and another in the Best Award category. The Bio-45D machine is among the ten best products out of 460 research and innovation products being contested in the 8th Malaysia Invention and Innovation Award in conjunction with Malaysia Technology Expo 2009 (MTE 2009).

 

The three-day expo provides a platform for all public and private institutions as well as various agencies in Malaysia to show their dominance in producing and developing new research and innovation products using the latest technology. The event held at the Putrajaya World Trade Centre starting from 19th to 21st February 2009, was officially launched by Y.B. Tuan Haji Fadillah bin Yusof, the Deputy Minister of Science, Technology and Innovation.

 

 

With the determination and courage to help solve the problem of the community in Parit Raja that relies on the production of kerepek, Tuan Haji Salleh and his team of researchers have invented the Bio-45D that can convert used cooking oil into high quality biodiesel fuel. Using this machine, waste vegetable oil is filtered and processed to produce diesel that can be used in any conventional diesel engine on the road today. This machine is also able to solve the problem of river pollution in Batu Pahat which occurs when the cooking oil used to fry kerepek is drained into the river.

Taken from here

 

News coverage

Penyelidik UTHM cipta mesin automatik proses minyak masak terpakai jadi biodiesel

PENGUSAHA kerepek menggunakan petrodiesel sebagai bahan bakar dandang pemanas di kilang mereka dan pada masa sama membuang minyak masak terpakai yang banyak setiap hari.

Pengusaha di pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor misalnya, membuang 50 peratus minyak masak terpakai dan pada masa sama menggunakan 80 hingga 400 liter petrodiesel sehari sebagai bahan bakar dandang pemanas kilang mereka.

 

 

Hal ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung kos tinggi untuk membeli petrodiesel yang semakin meningkat harganya, selain pembaziran minyak masak.

Penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berjaya menyelesaikan rungutan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini berikutan kejayaan mereka mencipta Mesin Memproses Biodiesel Automatik (Bio-45D), sekali gus dapat mengitar semula minyak masak terpakai menjadi biodiesel.

Ketua penyelidik Bio-45D, Mohd Salleh Tahar, berkata mesin automatik itu mempunyai banyak kelebihan berbanding produk keluaran syarikat Amerika Syarikat dan Eropah yang masih menggunakan sistem manual.

Katanya, ia menjimatkan kos kerana menggunakan bahan dan sistem kawalan ringkas serta membabitkan hanya lima langkah penghasilan biodiesel berbanding 14 yang digunakan di Eropah.

Beliau berkata, langkah terbabit adalah proses prapemanasan pada suhu 65° celcius, suntikan 20 peratus bahan kimia metanol dan natrium hidroksida, percampuran bahan kimia dan minyak masak terpakai pada julat suhu di antara 60° hingga 75°celcius, pemendakan gliserin serta aliran keluar biodiesel.

“Ketidakstabilan harga bahan api terutama diesel memberi impak besar kepada harga produk pengusaha PKS, justeru Bio-45D dibangunkan bagi menghasilkan bahan api alternatif menggunakan buangan industri.

“Mesin ini mesra pengguna kerana hanya menekan satu butang pada papan panel kawalan, kelima-lima proses penghasilan biodiesel bermula dan mendakan gliserin dilakukan secara automatik.

“Ia selamat digunakan kerana bersaiz kecil dan hanya menggunakan bekalan kuasa elektrik 240 voltan,” katanya.

Mohd Salleh berkata, reka bentuk prototaip mesin ketika ini berupaya memproses minyak masak terpakai sebanyak 10 liter setiap kali beroperasi dan boleh dibesarkan pada skala tertentu mengikut kesesuaian serta keperluan pengusaha.



Last Updated ( Saturday, 11 April 2009 )
 
< Prev